SAS terima tajaan RM1.3 juta bantu pelajar B40

Nasir (empat dari kiri) dan Che Shamsiah (dua dari kiri ) Majlis Silaturrahim antara TMESA dan Alumni SAS pada Sabtu.
Nasir (empat dari kiri) dan Che Shamsiah (dua dari kiri ) Majlis Silaturrahim antara TMESA dan Alumni SAS pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Sponsor A Student (SAS) melalui Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmud (TMESA), Besut telah menerima tajaan sebanyak RM1.3 juta bagi membantu pelajar B40.

Jumlah tersebut adalah hasil sumbangan daripada alumni TMESA, ahli korporat dan juga orang awam bagi membantu 1,016 pelajar di tiga daerah Terengganu iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Pengasas program SAS, Che Shamsiah Mohd Amin berkata, seramai 490 penaja yang bertanggungjawab terhadap pelajar tersebut akan membantu daripada segi kewangan dan sokongan moral kepada mereka.

“Setiap tahun kita akan peruntukan wang perbelanjaan sebanyak RM100,000 kepada 70 orang pelajar dari setiap sekolah dan mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua sehingga Tingkatan Empat.

“Kami membantu 22 sekolah menengah dari daerah Besut, Setiu termasuk Hulu Terengganu dan program ini telah berjalan selama 16 tahun,” ujarnya kepada Sinar Harian semasa Majlis Silaturrahim TMESA yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada Sabtu.


Muhammad Nasir ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Silaturrahim TMESA.
Muhammad Nasir ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Silaturrahim TMESA.



Hadir sama, Presiden TMESA yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Shamsiah berkata, program itu bukan sahaja membantu pelajar daripada segi kewangan tetapi juga mengadakan lawatan di beberapa tempat sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, tujuan lawatan tersebut bagi membuka minda para pelajar tentang kerjaya dan juga nilai kehidupan agar menjadi batu loncatan untuk mereka terus maju dalam pelajaran.

CHE SHAMSIAH
CHE SHAMSIAH

“Para pelajar ini tidak pernah keluar dari kawasan tempat tinggal mereka dan pendedahan melalui beberapa lawatan mampu memberi mereka inspirasi sekali gus mendorong untuk lebih cemerlang daripada segi akademik.

“Walaupun jumlah yang diberi tidak banyak, namun terdapat segelintir pelajar yang mencapai kecemerlangan setelah terlibat dengan program ini,” katanya.