UKM, universiti awam pertama terima sijil akreditasi APEL

SHAH ALAM - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi universiti awam pertama menerima sijil akreditasi APEL oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi melaksanakan pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu bagi tujuan penganugerahan kelayakan akademik (APEL.Q).
Ia bagi program Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri (Fakulti Sains dan Teknologi) dan Sarjana Keselamatan Siber (Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat).
Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, penerimaan tersebut merupakan pencapaian yang membanggakan kerana menjadi satu-satunya universiti awam yang menerima pengiktirafan itu.
“Penilaian untuk akreditasi ini bukan mudah kerana banyak perkara yang perlu diambil kira. Ia melibatkan tiga siri pentaksiran yang ditetapkan iaitu penilaian portfolio, lawatan dan pengesahan di lapangan dan ujian cabaran serta sesi representasi bersama MQA dan panel penilai.