Hina nabi: Gesa kerajaan ambil tindakan tegas

Penamas menggesa kerajaan untuk mengenakan hukuman setimpal ke atas individu yang menghina agama Islam dan nabi.
Penamas menggesa kerajaan untuk mengenakan hukuman setimpal ke atas individu yang menghina agama Islam dan nabi.
A
A
A

YAN - Pertubuhan Anak seni Malaysia (Penamas) menggesa kerajaan untuk mengenakan hukuman setimpal ke atas individu yang menghina agama Islam dan Nabi.

Presidennya, Saadan Man berkata, golongan ini seharusnya dikenakan tindakan yang setimpal bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Katanya, pihaknya sangat berharap pihak berkuasa tidak memandang ringan akan perkara ini.

"Sepatutnya tidak ada sesiapapun yang boleh menghina agama Islam mahupun agama lain kerana sikap hormat menghormati perlu diwujudkan," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkaitan perkara ini.

Saadan berkata, masyarakat Islam juga tidak pernah menggangu dan menghina agama lain dan seharusnya keharmonian itu dipelihara setiap bangsa di negara ini.

"Jadi seharusnya perlu ada rasa hormat menghormati di antara penganut agama lain," katanya.

Terdahulu terdapat dua individu telah memuat naik paparan yang menghina nabi di laman sosial milik mereka.

Artikel Berkaitan: