Sila log masuk terlebih dahulu.

Tanah runtuh di Bukit Hijau dipantau

Keadaan tanah runtuh Bukit Hijau sedang dipantau dan diteliti.
Keadaan tanah runtuh Bukit Hijau sedang dipantau dan diteliti.
A
A
A

BALING - Kejadian tanah runtuh dekat Bukit Hijau di sini kini sedang dipantau dan diteliti serta telah dirujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains.

Pegawai Daerah Baling, Mohamad Shahadan Abdullah berkata, Pejabat Daerah dan Tanah Baling ingin menjelaskan bahawa kes berkenaan sedang dipantau dan diteliti oleh pihak pentadbiran di situ.

"Kami juga akan merujuk pandangan Jabatan Mineral dan Geosains Kedah berhubung kesan kejadian ini terhadap struktur di persekitaran kawasan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, pihaknya juga menasihatkan orang awam supaya tidak mendekati kawasan berkenaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Artikel Berkaitan: