Inisiatif walk-in suntikan vaksin di klinik kesihatan

Insiatif 'walk-in' bagi suntikan vaksin Covid-19 akan diteruskan di klinik kesihatan (KK) Lembah Klang mulai Jumaat. Foto hiasan
Insiatif 'walk-in' bagi suntikan vaksin Covid-19 akan diteruskan di klinik kesihatan (KK) Lembah Klang mulai Jumaat. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Insiatif 'walk-in' bagi suntikan vaksin Covid-19 akan diteruskan di klinik kesihatan (KK) Lembah Klang mulai Jumaat.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) memaklumkan, keputusan itu melibatkan rakyat tempatan.

"Janji temu untuk warga asing di Lembah Klang juga akan dilakukan di klinik kesihatan," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah CITF, sebanyak 13 klinik kesihatan (KK) di Kuala Lumpur terlibat iaitu KK Kuala Lumpur, KK Setapak, KK Kampung Pandan, KK Datuk Keramat, KK Jinjang, KK Sentul, KK Batu Muda, KK Tangling, KK Muhibbah, KK Bandar Tun Razak, KK Cheras, KK Sungai Besi dan KK Cheras Baru dan satu di Putrajaya ( KK Presint 18).

"Senarai KK Selangor akan diumumkan dalam masa terdekat," kata CITF

Sehubungan itu CITF berkata, 'walk-in' yang sebelum ini dibenarkan di lima pusat pemberian vaksin (PPV) akan dihentikan bermula 1 Oktober membabitkan PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC), PPV Multimedia University (MMU) Cyberjaya, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL British BMI), Gombak dan PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan jumlah kehadiran semakin menurun selepas perbincangan CITF bersama Kementerian Kesihatan (KKM) diadakan," menurut CITF lagi.

Tambah pasukan itu, terdapat sembilan PPV masih beroperasi dan 42 PPV bukan kesihatan telah ditutup sehingga 30 September.

Artikel Berkaitan:

"Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian klinik kesihatan disenaraikan," kata CITF.