Kerajaan sedia atasi isu pesara bawah garis kemiskinan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Satu kajian telah dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengatasi masalah pesara penjawat awam yang berada di bawah garis kemiskinan bagi memastikan kehidupan pasca perkhidmatan mereka pada tahap selesa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kajian tersebut akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Segelintir pesara penjawat awam yang yang pendapatan kurang daripada garis kemiskinan iaitu RM2,208 masih terpaksa bekerja kerana memenuhi keperluan kehidupan.

“Itu adalah satu perkara yang sedang difikirkan, dan JPA telah buat satu kajian dan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri sebelum dibuat memorandum Jemaah menteri untuk melihat kembali supaya apabila mereka pencen, mereka agak selesa,” katanya di ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) tentang perancangan kerajaan bagi membantu golongan pesara miskin dan memperbaiki skim pencen lebih-lebih lagi kini kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada masa sama, Abdul Latiff menjelaskan, sebelum pandemik Covid-19, bayaran pencen penjawat awam meningkat sebanyak dua peratus setiap tahun sejak 2013.

“Bagaimanapun, kajian lebih mendalam perlu dilakukan sekiranya mahu peningkatan bayaran lebih daripada dua peratus,” katanya menjawab soalan asal daripada Kasthuriraani.

Kasthuriraani bertanya sama ada kerajaan akan menaikkan bayaran pencen bagi golongan B40 selaras dengan kos sara hidup yang tinggi dan ramai kehilangan sumber pendapatan ketika pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: