Pakistan halang kapal selam India

Seorang wartawan melihat rakaman video dikeluarkan Tentera Laut Pakistan menunjukkan sebuah kapal selam India ditahan daripada memasuki perairannya.
Seorang wartawan melihat rakaman video dikeluarkan Tentera Laut Pakistan menunjukkan sebuah kapal selam India ditahan daripada memasuki perairannya.
A
A
A

ISLAMABAD - PAKISTAN. Tentera Laut Pakistan hari ini menghalang sebuah kapal selam India daripada memasuki perairannya, insiden pertama seumpamanya sejak 2016.

“Tentera laut Pakistan menahan sebuah kapal selam India daripada memasuki perairan wilayah kami," seorang jurucakap tentera laut dalam satu kenyataan.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut termasuk bila atau di mana kapal selam itu dikesan.

Tidak jelas jika mereka memberi maksud had perairan wilayah sepanjang 22 kilometer atau zon ekonomi eksklusif sepanjang 370 kilometer. - Agensi

Artikel Berkaitan: