Speedy Tigers perlu perbaiki permainan

Arul Selvaraj
Arul Selvaraj
A
A
A

HASRAT Speedy Tigers untuk merekodkan kemenangan sulung pada Siri Jelajah United Kingdom 2021 tidak kesampaian, apabila tumpas 1-2 kepada Surbiton HC, pada Selasa.

Aksi kedua pasukan negara dalam siri jelajah itu yang berlangsung di Stadium Kelab Surbiton Hockey, menyaksikan tuan rumah mendahului perlawanan dengan dua gol, iaitu pada minit ke-22 dan 26.

Tersentak dengan serangan pihak lawan, skuad Speedy Tigers berusaha mencari gol dan akhirnya memecah kebuntuan menerusi gol padang, dijaringkan oleh Muhammad Najib Abu Hassan pada minit ke-47.

Walaupun tewas, ketua jurulatih Arul Selvaraj memuji persembahan cemerlang penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman, selain melihat masih terdapat beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki anak buahnya.

“Apa yang perlu diperbaiki adalah kedudukan dan persembahan di dalam kawasan lawan untuk menyerang dan kawasan kami sendiri untuk bertahan, selain perlu lebih tangkas untuk menang perebutan bola 50-50 di dalam kedua-dua kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia pada Rabu.

Antara aksi menerik pertemuan Speedy Tigers menentang Surbiton HC dalam Siri Jelajah United Kingdom 2021 pada Selasa.
Antara aksi menerik pertemuan Speedy Tigers menentang Surbiton HC dalam Siri Jelajah United Kingdom 2021 pada Selasa.

Sementara itu, pemain negara Muhammad Razie Abd Rahim berkata, beliau dan rakan sepasukan akan menganalisis aksi berkenaan untuk mengenal pasti kesilapan yang harus diperbaiki.

“Untuk perlawanan hari ini (semalam), walaupun kami tewas terdapat perkara positif yang kami peroleh berbanding perlawanan pertama, termasuk kami telah memperbaiki kesilapan pada perlawanan sebelum ini,” kata pakar sudut penalti itu dan menambah pemain juga perlu mengurangkan kesilapan pada peringkat individu.

Artikel Berkaitan:

Ahad lepas, Malaysia mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Old Georgians di Kolej St. Georges dalam perlawanan sebelum ini.

Pasukan negara akan bertemu dua lagi pasukan kelab sebelum menentang pasukan Ireland, Wales dan Perancis.

Bagi pertembungan ketiga, skuad kebangsaan dijadualkan bertemu Hampstead & Westminister H.C esok (30 September) jam 2.30 pagi waktu tempatan. - Bernama