RM16 bilion bagi projek kawal banjir, tanah runtuh

Kerajaan memperuntukkan kos sebanyak RM16 bilion terhadap beberapa projek bagi mengawal banjir dan tanah runtuh dalam tempoh RMK12 dan RMK13.
Kerajaan memperuntukkan kos sebanyak RM16 bilion terhadap beberapa projek bagi mengawal banjir dan tanah runtuh dalam tempoh RMK12 dan RMK13.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan kos sebanyak RM16 bilion terhadap beberapa projek bagi mengawal banjir dan tanah runtuh dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke12 (RMK12) dan RMK13.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan dilaksanakan di bawah program tebatan banjir, pengurusan lembangan sungai bersepadu dan kawalan hakisan pantai serta program ramalan serta amaran banjir.

“Saban tahun, rakyat di seluruh negara dilanda bencana banjir dan tanah runtuh. Bencana ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda, kehilangan nyawa dan mata pencarian.

“Baru-baru ini berlaku bencana seperti fenomena kepala air di daerah Yan dan Kuala Muda di Kedah, banjir di Penampang, Sabah serta tanah runtuh di Kemensah Heights, Selangor.

“Sehubungan itu, penjagaan alam sekitar adalah amat penting bagi melindungi nyawa dan mengurangkan kerugian harta benda,” katanya dalam pembentangan RMK12 pada Isnin.

Selain itu, beliau berkata, Agenda Transformasi Sektor Air 2040 juga akan diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan, mengoptimumkan potensi untuk menjana kekayaan serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

Jelasnya, pelaksanaan agenda ini melibatkan empat fasa dengan fasa pertama melibatkan Penerimagunaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu yang akan dipergiatkan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah.

“Pewartaan dan perlindungan kawasan tadahan air akan dipercepat untuk menambah baik pengurusan sumber air serta loji rawatan air sisa bersepadu yang akan dibina untuk kawalan percemaran,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tadbir urus air juga akan ditambah baik melalui pemerkasaan peranan dan penglibatan rakyat, pengukuhan aktiviti penguatkuasaan serta semakan undang-undang.

"Mekanisme pembiayaan inovatif juga akan dikaji, selain menyediakan infrastruktur yang mampan serta meneruskan program pengurangan air tidak berhasil (NRW).

"Pelaksanaan inisiatif ini akan mengurangkan tahap NRW kepada 25 peratus pada tahun 2025 dan kerajaan telah meluluskan projek infrastruktur air dengan kos RM25.8 bilion untuk menambah baik liputan dan perkhidmatan air," jelasnya.