Hina nabi: Bersatu Melaka lapor polis

Mohd Rafiq (tengah) ketika mengetuai Bersatu Melaka selepas membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Nabi Muhammad SAW di Balai Polis Ayer Keroh, di sini.
Mohd Rafiq (tengah) ketika mengetuai Bersatu Melaka selepas membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Nabi Muhammad SAW di Balai Polis Ayer Keroh, di sini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Bersatu Melaka berpendirian tegas dan tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak mahupun individu yang 'menjentik' isu perkauman ataupun agama terutama agama Islam di negara ini.

Timbalan Ketua Bersatu negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, tindakan seorang pemilik akaun Twitter yang menghina Nabi Muhammad SAW dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima bukan sahaja umat Islam dan kaum Melayu malah penganut agama lain.

Menurutnya, isu menghina sedemikian bukanlah daripada kalangan pemimpin PH dan parti itu tidak pernah sesekali menyokong sebarang usaha menghina mana-mana agama terutama agama Islam sebagai agama rasmi.

"Apa yang berlaku menggambarkan ia perkembangan yang tidak sihat di mana penghinaan demi penghinaan dibuat terhadap umat Islam, orang Melayu serta pemimpin kami iaitu Nabi Muhammad SAW.

"Bersatu Melaka mendesak pihak berkuasa mempercepatkan siasatan kes ini serta mengambil tindakan tegas terhadap pelaku supaya tidak berulang, lagi," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh di sini.

Mohd Rafiq yang juga Adun Paya Rumput berkata, beliau tidak mahu mempolitikkan isu itu namun hakikatnya individu itu telahpun diheret ke kes pendakwaan berbanding ketika zaman pemerintahan BN yang mengambil masa agak panjang bagi mengambil tindakan.

Dalam pada itu, Bersatu Melaka membuat lima laporan di balai polis berkenaan termasuk barisan pemimpin Armada dan Srikandi Bersatu Negeri serta Bahagian Masjid Tanah, Bukit Katil, Kota Melaka dan Tangga Batu menyatakan bantahan terhadap tindakan biadab tersebut.

Selain itu, sebanyak 15 laporan polis dibuat UMNO, Pas Melaka dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Balai Polis Batang Tiga di Klebang berhubung isu yang sama.

Artikel Berkaitan: