X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

PH mahu kerajaan pertimbang cadangan Bajet 2022

Pakatan Harapan
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan (PH) mahu kerajaan mempertimbangkan cadangan berkenaan Bajet 2022 yang dibentangkan kepada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Selasa lepas.

Menurut laporan media, PH dalam kenyataan berkata, cadangan tersebut bersesuaian dengan kerangka kerja Pemulihan, Ketahanan dan Pembaharuan Bajet 2022.

Kata kenyataan itu, PH turut berkongsi cadangan Bajet 2022 merangkumi perincian perbelanjaan yang dipersetujui sebanyak RM45 bilion seperti termaktub dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani kerajaan Persekutuan dan PH.

“Ini merangkumi RM4 bilion untuk sektor kesihatan bagi memerangi wabak Covid-19, termasuk subsidi ujian saringan Covid-19 kendiri dan melaksanakan tindakan Cari, Uji, Kesan dan Sokong serta Vaksinasi (FTTIS + V).

"Antara lain, RM30 bilion geran dan subsidi untuk sektor ekonomi, RM6 bilion insentif pengambilan pekerja dalam bentuk program [email protected] yang dicadangkan oleh PH dalam Bajet 2020 dan sekurang-kurangnya RM5 bilion untuk isi rumah dalam bentuk pembayaran kesejahteraan.

"Kami juga meminta sekitar RM2 bilion sebagai pinjaman mudah hingga RM50,000 untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) agar diberikan kepada perniagaan yang terjejas teruk oleh wabak itu, termasuk perkhidmatan makanan dan minuman, perjalanan dan pelancongan serta runcit," kata kenyataan tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!