MoU kerajaan-PH: Lima daripada 18 perkara akan dilaksanakan

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak lima daripada 18 perkara yang terdapat di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang akan dilaksanakan.

Lima perkara tersebut ialah pengecualian bayaran faedah moratorium pinjaman bank untuk rakyat B50, mempercepatkan undi18 dan pendaftaran automatik, Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti, penambahan RM45 bilion had dana Covid-19 serta peruntukan sama rata ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, kesemua perkara tersebut telah pun dipersetujui bersama kerajaan setakat Khamis.

“Setakat semalam (Khamis), lima dari 18 perkara (28 peratus) yang dipersefahami diumum akan dilaksana.

'More to come', insya-ALLAH,” ciapnya di Twitter rasminya pada Jumaat.

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) melakar sejarah apabila julung kali memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang dimeterai itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

ARTIKEL BERKAITAN:PH tarik diri jika MoU tidak dipatuhi

Artikel Berkaitan: