SPRM jumpa MB Kedah isu pindah wang RM13 juta

Gambar dari kiri: Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, Muhammad Sanusi Md Nor
Gambar dari kiri: Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, Muhammad Sanusi Md Nor
A
A
A

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemui Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada Rabu berhubung wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah yang didakwa dimasukkan ke akaun bank di luar negara.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, pada pertemuan itu beberapa dokumen telah diperoleh bagi penelitian awal oleh pihaknya dan pegawainya diberikan kerjasama yang baik.

Namun menurutnya, siasatan rasmi berhubung perkara tersebut masih belum dibuat pihaknya setakat ini.

"Perkara ini (pemindahan wang ke luar negara) hanya diketahui melalui media sosial dan sumber luar sebelum pegawai SPRM Kedah membuat kunjungan pada pagi Rabu di Pejabat Menteri Besar Kedah.

"Setakat ini, belum ada pihak yang tampil membuat laporan rasmi (berhubung pemindahan wang)," katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi mendedahkan terdapat rekod membuktikan berlaku pemindahan wang milik MBI Kedah sebanyak RM13 juta yang dimasukkan ke akaun bank di luar negara.

Beliau kemudiannya pada Rabu memaklumkan bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung pemindahan wang berkenaan.

Muhammad Sanusi berkata, beliau juga bersedia menyerahkan butiran dan bukti berkaitan kepada pihak berkuasa untuk melancarkan siasatan, namun enggan mendedahkan secara terbuka tanpa menggunakan saluran yang betul.

Artikel Berkaitan: