ADUN pertikai kerajaan Kedah tidak guna portal TVET dibangunkan

Dr Salmee Said
Dr Salmee Said
A
A
A

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dr Salmee Said mempertikaikan tindakan kerajaan negeri tidak menggunakan sepenuhnya portal Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negeri Kedah.

Dr Salmee yang merupakan mantan Exco Pendidikan, Sumber Manusia dan Pembangunan Insan hairan apabila portal dikenali tvetkedah.com yang menelan banyak perbelanjaan tidak digunakan sebaiknya.

Menurutnya, portal TVET berkenaan dibangunkan ketika kerajaan negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) Kedah.

"Mengapa kerajaan negeri tidak ambil manfaat portal TVET yang dibina bagi memudahkan pelajar memohon masuk ke institusi pengajian tinggi.

"Terdapat lebih kurang 40 institusi dalam portal itu yang memudahkan pelajar memilih bidang diinginkan dan membuat pendaftaran," katanya pada sesi persidangan maya selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Rabu.

Menurutnya, beliau agak terkilan apabila portal tersebut tidak digunakan sepenuhnya, sedangkan banyak peruntukan kewangan digunakan untuk membangunkan laman web tersebut.

"Melalui portal ini, pelajar boleh melakukan pelbagai perkara termasuklah membuat pembayaran, memperoleh maklumat dan membuat pemilihan bidang kemahiran diinginkan mereka," katanya.

Dr Salmie berkata, langkah ini sangat penting memandangkan Kedah dalam ke arah menuju era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Artikel Berkaitan: