X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Suri rumah rugi RM1.03 juta diperdaya Macau Scam

Seorang suri rumah kerugian RM1.03juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN). Gambar kecil: Ayob Khan
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang suri rumah kerugian RM1.03juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suri rumah berusia 69 tahun itu menerima satu panggilan daripada seorang lelaki menyamar sebagai pegawai LHDN yang memaklumkan mangsa terlibat aktiviti penggubahan wang haram pada awal bulan ini.

Katanya, panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis dikenali sebagai Mr Yong.

"Mangsa yang berasa takut kemudian mengikut arahan suspek dengan membuka akaun sebuah bank antarabangsa atas namanya dan memberi nombor siri kad ATM serta pin akaun bank kepada suspek.

"Antara 3 hingga 17 September, mangsa membuat pemindahan daripada lima akaun bank tempatan ke sebuah akaun bank antarabangsa dengan nilai keseluruhan RM1.03 juta. Mangsa juga menyerahkan nombor TAC kepada suspek.

"Pada 21 September mangsa membuat semakan ke atas akaun bank antarabangsa tersebut dan mendapati wangnya sudah berkurangan lalu menyedari dirinya ditipu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan secara terus kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ( JSJK) di talian 013- 2111222 atau menghubungi bilik gerakan kontinjen Johor di talian 07-2254074 atau mana- mana balai polis berhampiran.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!