X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

14 hutan lipur di Perak masih tutup

Hutan Lipur Kuala Woh - Foto Facebook Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah
A
A

IPOH - Aktiviti rekreasi di 14 kawasan hutan lipur di Perak masih tidak dibenarkan meskipun negeri itu berada pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, kawasan hutan di bawah seliaannya itu masih ditutup kepada pengunjung sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menurut Mohamed Zin, pihaknya bagaimanapun tidak menerima sebarang aduan berkaitan pencerobohan melibatkan orang awam ke kawasan berkenaan.

"Sehingga kini tiada aduan diterima oleh jabatan berkaitan pencerobohan ke kawasan air terjun hutan lipur di Perak.

"Namun dari segi pengawasan, terdapat pegawai hutan yang mengawasi dan mengurus kawasan hutan lipur ini setiap hari," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Mohamed Zin berkata, hutan lipur akan dibuka kepada orang awam sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Orang ramai dinasihatkan supaya akur dengan arahan semasa kerajaan dan jabatan supaya penularan Covid-19 di negeri ini dapat dikawal sepenuhnya," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!