X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Ken Worden meninggal dunia

Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Ken Worden dari Australia meninggal dunia pada usia 78 tahun pada Isnin.
A
A

BEKAS jurulatih skuad kebangsaan, Ken Worden dari Australia meninggal dunia pada usia 78 tahun pada Isnin.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Worden atau nama penuhnya Kenneth Joseph Worden, dilahirkan pada 2 Februari, 1943 di Preston, England.

Namun menurut FAM, Worden lebih menyerlah kariernya sebagai pemain dan jurulatih di Australia sebelum berhijrah ke Malaysia pada 1991.

"Mendiang pernah menjadi jurulatih Selangor yang muncul juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia di bawah kendaliannya.

"Beliau kemudian dilantik jurulatih kebangsaan selama dua tahun, menggantikan Rahim Abdullah bermula Januari 1992 sehingga penghujung 1993.

"Dalam tempoh itu, pasukan kebangsaan menjuarai Kejohanan Jemputan Vietnam dan Piala Jakartaraya 1992 serta Pestabola Merdeka 1993," kata FAM.

Bagaimanapun jelas kenyataan itu lagi, skuad negara yang membariskan antara lain Zainal Abidin Hassan, Mubin Mokhtar, Khairul Azman Mohamad, K Gunalan, Azizol Abu Haniffah, Malek Rahman, Dollah Salleh dan Azman Adnan, tewas pada pra-Piala Dunia dan Sukan SEA Singapura 1993.

Worden, sebelum itu menyahut cabaran sebagai jurulatih Singapura untuk beberapa bulan, kemudiannya meneruskan karier kejurulatihannya di Malaysia apabila kembali sebagai jurulatih Selangor, dengan menjulang Piala Malaysia 1995 dan 1996.

Ia disusuli tugasan dengan beberapa lagi pasukan tempatan lain seperti Sabah, Terengganu dan KL SPA sebelum Worden kembali ke Selangor dan menjulang Piala Malaysia pada 2002.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!