Azeem tempah slot final 100m

Azeem menampilkan larian bertenaga untuk menamatkan saingan separuh akhir di tempat kedua dalam saringan kedua di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium. Foto: Bernama
Azeem menampilkan larian bertenaga untuk menamatkan saingan separuh akhir di tempat kedua dalam saringan kedua di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium. Foto: Bernama
A
A
A

ATLET sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi meneruskan cabaran dalam acara 100 meter (m) lelaki apabila layak ke final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 pada Jumaat.

Azeem menampilkan larian bertenaga untuk menamatkan saingan separuh akhir di tempat kedua dalam saringan kedua dengan catatan 10.25 saat (s) di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium.

Pelari berusia 22 tahun itu hanya dipisahkan oleh wakil Korea Selatan, Joel Jin Nwamadi yang memenangi saringan berkenaan dengan masa 10.17s.

Format pertandingan menyaksikan dua pelari teratas daripada setiap saringan separuh akhir mengesahkan tiket ke final, manakala dua lagi slot diberikan kepada pelari dengan catatan terpantas seterusnya.

Bagaimanapun, langkah seorang lagi wakil negara, Muhammad Umaira Subri terhenti di separuh akhir selepas menamatkan saringan kedua di tempat ketujuh dengan catatan 10.39s.

Azeem, yang meraih gangsa pada edisi Hangzhou 2022 akan meneruskan usahanya dalam final bagi memburu keputusan lebih baik di pentas Sukan Asia kali ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!