Silap-silap 'trolling' pun diharamkan: Najib

Paparan Facebook Najib.
Paparan Facebook Najib.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan kerajaan PH yang mahu memperketatkan undang-undang media sosial.

Katanya, ia bercanggah dengan manifesto PH yang berjanji untuk memberi kebebasan bersuara kepada rakyat.

"Tetapi setelah kalah PRK dua kali berturut-turut, kerajaan PH tiba-tiba mahu mengetatkan lagi undang-undang media sosial. Pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) kata mereka mahu memperkemaskan dan memastikan skop dan penggunaan media sosial tidak memberi ruang untuk disalahgunakan bagi memastikan sebarang anasir yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dikawal dan dibendung sepenuhnya.

"Satu lagi janji manifesto PH bakal dicapatikan. Silap-silap, trolling pun akan diharamkan," katanya di Facebook hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, dulu PH pernah menuduh kerajaan BN mahu menyekat kebebasan bersuara apabila mahu menambah baik undang-undang media sosial.

"Saya masih ingat pada masa kerajaan BN dahulu, setiap kali kita mahu memperbaiki undang-undang media sosial, PH akan kata undang-undang sedia ada sudah cukup. Lalu PH akan tuduh BN mahu menyekat kebebasan bersuara.

"Kini PH buat juga. Entah ke mana sudah perginya pejuang-pejuang suara kebebasan yang pernah lantang pada satu masa dahulu," katanya.

Artikel Berkaitan: