X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

MOTAC bincang kebenaran rentas negeri

Nancy
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk membenarkan rentas negeri sebagai langkah memulihkan kembali industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengumuman mengenai hasil perbincangan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Apabila rentas negeri dibuka, orang luar boleh masuk (ke negeri lain). Kementerian telah senaraikan nama-nama destinasi bukan sahaja pulau, (tetapi) termasuk kawasan darat seperti Genting Highland, Cameron Highland, Fraser Hill dan lain-lain destinasi.

"Ini boleh menarik minat orang ramai untuk bergerak sebab pelancongan adalah mengenai mobiliti. Apabila mereka bergerak, ekonomi kita juga boleh meningkat," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang mahukan gelembung pelancongan di destinasi selain Langkawi dapat dipercepatkan.

Pada 16 September lalu, Pulau Langkawi menjadi projek rintis gelembung pelancongan domestik.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!