Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada orang awam

Pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada orang awam bermula 16 September lepas. - Foto 123RF
Pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada orang awam bermula 16 September lepas. - Foto 123RF
A
A
A

KOTA KINABALU - Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS), termasuk pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada orang awam bermula 16 September lepas, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

Beliau berkata, kawasan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis pula mula beroperasi semula esok.

"Bagaimanapun pembukaan taman itu terhad kepada peraturan yang telah ditetapkan seperti para pelawat yang lengkap divaksinasi Covid-19 sahaja dibenarkan. Pelancong domestik dari daerah yang sama sahaja (dibenarkan)," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan hanya seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan.

"Semua aktiviti yang dibenarkan dalam taman tertakluk kepada prosedur prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian stesen TTS selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang telah dikemas kini pada 11 September lepas," tambahnya. -Bernama

Artikel Berkaitan: