X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Kerajaan beri alatan penjagaan Covid-19 kepada keluarga B40

Ismail Sabri
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada keluarga di bawah kategori B40 dalam usaha memastikan rakyat terus bebas daripada jangkitan Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu juga bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan pembudayaan normal baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan wabak tersebut.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga), kit ujian kendiri Covid-19 (empat kit setiap keluarga), satu pulse oximeter, termometer serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

“Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga membabitkan 8.4 juta orang.

“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin sama ada mempunyai anak atau tidak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ismail Sabri berkata, inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta penerima daripada keluarga B40.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!