Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu

JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan tindakannya membotakkan kepala adalah kerana berjaya membuat lontaran melebihi sasaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo 2020.
Ujar Ziyad, 31, jurulatihnya, Faizol Harun, membuat cabaran supaya dia membuat lontaran melepasi jarak 17.70 meter.
"Mesti ramai tanyakan kenapa pakai topi masa interview dan ramai yang suruh buka..inilah sebab dia saya dan coach saya sudah botak sebenarnya.. macam ni cerita dia..
"Dua minggu sebelum pergi ke Tokyo Paralimpik, semasa latihan coach saya ada cadangkan sekiranya saya dapat baling lepas 17.70 (meter) dia (coach) dan saya akan botak... ini bukan bernazar, ini macam challenge sahaja," jelas Ziyad.
Meskipun terlepas pingat emas dalam kejohanan tersebut, namun dia tidak akan berputus asa.
"Alhamdulilah saya dapat melebihi target yang kami sasarkan biarpun tiada rezeki untuk dibawa pulang tetapi apa yang kami target tercapai dan juga lebih jauh dari kami sasarkan.
"Tahun depan akan lebih banyak lagi competition yang akan ada... insya-Allah saya tak akan putus asa dan terus bersemangat. Azam baharu, semangat baharu," katanya menerusi perkongsian di dalam Instagramnya pada Sabtu. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Video tular bongkar detik awal kekecohan Kuching City-Selangor?
09 November 2026 03:03pm'Keputusan ini pedih untuk kita terima'
09 November 2026 02:06pm'Mungkin kita tonton drama Korea' – Aidil Sharin
09 November 2026 12:59pmApa yang cuba disampaikan Sosa?
09 November 2026 10:35amPan-gon enggan ulas perlawanan, mahu MFL siasat Nazmi Faiz
09 November 2026 09:38amIsa Isarb ditahan di Indonesia ketika buat dokumentari jerebu, disyaki perisik dari Malaysia
08 November 2026 08:04pmKereta peronda dinaiki dua anggota polis terbabas elak monyet
08 November 2026 08:31pmAmaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
09 November 2026 03:12pmKedi buta mata kanan akibat terkena bola golf
09 November 2026 09:20am- Iklan -- Iklan -
