X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Keluarga Malaysia bersihkan persekitaran

Kerjasama dan penglibatan masyarakat kunci utama kejayaan kesedaran kebersihan.
A
A

CYBERJAYA - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengajak orang ramai menyertai program World Cleanup Day 2021 yang berlangsung dalam norma baharu hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar berkata, objektif utama penganjuran World Cleanup Day adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran yang merupakan tanggungjawab bersama.

Menurutnya, setiap Keluarga Malaysia perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kebersihan persekitaran terjaga berpegangkan prinsip ‘rumahku syurgaku’ yang membawa maksud bersih, indah dan sejahtera serta selesa diduduki.

“Jika ternampak sampah-sampah kecil di tepi jalan, kutip dan buanglah ke dalam tong sampah. Jika ke pasar raya pula, bawalah beg kitar semula untuk mengurangkan janaan sisa plastik dan mengelakkan plastik sekali guna.

“Jika masyarakat mempunyai kesedaran dan tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran, kita dapat mengelak janaan sampah, khususnya plastik sekali guna dan sampah-sampah kecil di persekitaran juga dapat dihindarkan,” katanya dalam sesi bual bicara dengan media pada Selasa.

Ismail Mokhtar
Ismail Mokhtar

Mengulas lanjut, beliau berkata, audit sisa merupakan komponen utama dalam World Cleanup Day kerana selain membersihkan kawasan persekitaran, sisa-sisa yang dikutip perlu melalui proses audit.

Menurutnya, audit sisa itu diwujudkan sebagai pengisian wajib World Cleanup Day bagi menganalisis jenis sisa yang paling kerap dibuang.

Jelas beliau, inisiatif dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan aktiviti pembersihan serta audit sisa amat diharapkan bagi memastikan matlamat penganjuran sambutan World Cleanup Day tercapai.

“Walaupun dalam situasi pandemik dan kebanyakan masyarakat berada di rumah, masalah sisa pepejal ini tetap ada dan perlu diambil berat oleh masyarakat,” katanya.

Ismail turut berharap agar masyarakat akan mengambil cakna penjanaan sisa pepejal di rumah dan sedar kepentingan menguruskan sisa-sisa tersebut dengan betul melalui aktiviti pembersihan kawasan serta audit sisa dalam penganjuran sambutan tahun ini.

Menurutnya, pada 2020, aktiviti pembersihan kawasan dan audit sisa dibuat di lapangan secara berkumpulan antara SWCorp, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan di 39 kawasan secara serentak.

“Hasil cerapan sebanyak 13,529.15 kilogram (kg) sisa telah dikumpulkan termasuk sebanyak 3,995.74 kg atau 30 peratus daripada jumlah keseluruhan sisa yang merupakan sisa plastik oleh seramai 3,961 sukarelawan daripada 73 NGO,” katanya.

Pelaksanaan

Ismail berkata, pengisian World Cleanup Day 2021 pada tahun ini berbeza berbanding penganjurannya tahun lalu.

“Pelaksanaan komponen utama dalam World Cleanup Day seperti aktiviti pembersihan kawasan dan audit sisa tetap dilaksanakan namun diadakan secara dalam talian (online) sepenuhnya dan setiap peserta boleh menjalankan aktiviti pembersihan kawasan serta audit sisa secara individu atau bersama keluarga di kawasan perumahan masing-masing.

“Tempoh pelaksanaan adalah bermula dari 6 September sehingga 19 September,” katanya.

Beliau berkata, peserta atau organisasi boleh berdaftar sebagai sukarelawan Hero Kebersihan di sukarelawan.swcorp.my.

“Seterusnya, lakukan pembersihan kawasan dan audit sisa, mengambil gambar aktiviti, muat naik gambar di media sosial dan laporkan hasil audit sisa di sukarelawan.swcorp.my,” katanya.

Menurutnya, pelaporan audit sisa yang berjaya akan diberikan e-sijil dan peserta juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik ditawarkan.

Dalam masa sama, SWCorp menggesa agar agensi kerajaan, swasta, NGO, aktivis kebersihan dan alam sekitar turut menjayakan program itu.

“Walaupun formula World Cleanup Day ialah ‘one country, one day’, alangkah baiknya jika diteruskan sebagai ‘our country, every day’.

“Kita lakukan aktiviti pembersihan setiap hari dan apabila persekitaran kita bersih, kehidupan kita juga lebih aman serta sejahtera,” kata Ismail.


Info pertandingan dan hadiah

1. Agensi Terbaik:

Wang tunai RM3,000 untuk tiga pemenang

2. Momen World Cleanup Day: Hadiah ditawarkan berupa e-wallet bernilai RM100 untuk 50 pemenang

3. Cilik World Cleanup Day Tahun 2021

Tempat pertama: E-wallet bernilai RM500

Tempat kedua: E-wallet bernilai RM300

Tempat ketiga: E-wallet bernilai RM200

Saguhati: 10 pemenang e-wallet bernilai RM1004. Tiktok Cleanup ChallengeTempat pertama: E-wallet bernilai RM500

Tempat kedua: E-wallet bernilai RM300

Tempat ketiga: E-wallet bernilai RM200

Saguhati: 10 pemenang e-wallet bernilai RM1005.

Video pendek

Tempat pertama: E-wallet bernilai RM500

Tempat kedua: E-wallet bernilai RM300

Tempat ketiga: E-wallet bernilai RM200

Saguhati: 10 pemenang e-wallet bernilai RM1006.

Kuiz

Tempat pertama: E-wallet bernilai RM300

Tempat kedua: E-wallet bernilai RM200

Tempat ketiga: E-wallet bernilai RM100

Saguhati: 30 pemenang e-wallet bernilai RM50



Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!