Tiga PATI warga Myanmar ditahan cuba pulang melalui Thailand

Tiga PATI warga Myanmar yang ditahan semasa rondaan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, awal pagi Jumaat.
Tiga PATI warga Myanmar yang ditahan semasa rondaan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, awal pagi Jumaat.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang dipercayai cuba pulang ke negara asal melalui Thailand ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan dalam satu rondaan yang dijalankan, awal pagi Jumaat.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, tiga lelaki yang masing-masing berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun itu ditahan sedang menyorok di dalam semak pada jam 2.06 pagi.

"Semasa membuat rondaan di Kampung Lubok Gong, pihak kami menemui mereka dalam keadaan mencurigakan berhampiran semak di kawasan itu.

"Pemeriksaan awal menemui beberapa dokumen seperti tiket bas dan sebagainya namun mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai surat perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Mereka yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan: