X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Pembukaan gimnasium: Ahmad Faizal mohon maaf salah faham

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil memohon maaf kepada pemilik dan pengendali gimnasium susulan salah faham mengenai pembukaan gimnasium di negeri di bawah Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang sebelum ini dilaporkan dibuka bermula hari ini.

Memetik laporan The Vibes, Ahmad Faizal berkata, bagaimanapun pihaknya akan menggesa agar gimnasium dibenarkan dibuka semula secepat mungkin.

"Saya mohon maaf atas salah faham. Saya percaya timbalan saya tersalah sebut atau salah maklumat.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya seperti dilapor portal tersebut, pada Jumaat.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker dilapor berkata, gimnasium di negeri Fasa Dua dan Tiga, di bawah PPN akan dibenarkan beroperasi hari ini dan hanya mereka yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, Ti menjelaskan semula kenyataannya dengan memaklumkan gimnasium hanya boleh beroperasi semula selepas prosedur operasi standard (SOP) tambahan diwartakan.

"Buat masa ini tiada isu pembukaan gimnasium cuma sedang menunggu SOP tambahan sebelum pengusahanya dibenarkan beroperasi," katanya dipetik sebagai berkata.

Setakat ini, kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka dan tertutup kepada individu telah lengkap divaksin menerusi tempahan, di negeri Fasa Dua dan Tiga PPN. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!