Gangguan bekalan air di Hulu Langat mulai 28 September

Gangguan bekalan air berjadual di daerah Hulu Langat akan bermula jam 9 malam 28 September hingga 6 pagi 30 September ini. - Foto FB Air Selangor
Gangguan bekalan air berjadual di daerah Hulu Langat akan bermula jam 9 malam 28 September hingga 6 pagi 30 September ini. - Foto FB Air Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Lima kawasan di daerah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai 28 September hingga 30 September ini.

Air Selangor menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat memaklumkan, gangguan tersebut adalah berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di tiga lokasi iaitu di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines.

Menurut hantaran tersebut, kawasan gangguan melibatkan Balakong; Green Park Resident, Bandar Sungai Long (SL 6, 9, 10 dan 11); Taman Bukit Palma dan Bandar Mahkota Cheras iaitu Jalan Putera, Jalan Puteri, Jalan Bendahara serta Jalan Mahkota.

Air Selangor turut memaklumkan, gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 malam, 28 September 2021 dan dijangka pulih sepenuhnya jam 6 pagi, 30 September 2021.

“Kerja-kerja ini bagi memastikan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap yang terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

“Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan ditutup dengan selamat.

“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan berkenaan perkara tersebut boleh diajukan ke Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Artikel Berkaitan: