Solskjaer akui tidak terkejut dikritik

Aksi dua penjaring gol Cristiano Ronaldo kiri dan Moumi Ngamaleu pada perlawanan berkenaan. - Foto Twitter Squawka Football
Aksi dua penjaring gol Cristiano Ronaldo kiri dan Moumi Ngamaleu pada perlawanan berkenaan. - Foto Twitter Squawka Football
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Gunnar Solskjaer mengakui tidak terkejut dengan kritikan yang diterimanya berikutan kekalahan 1-2 skuad The Red Devils itu kepada Young Boys bagi aksi Kumpulan F, Liga Juara-Juara 2021, Selasa lalu.

Menurutnya, kritikan berkenaan sekali gus mendedahkan bagaimana corak pengurusannya bersama United dinilai oleh para pengkritik.

“Kami tahu, harapan yang diletakkan adalah tinggi kepada kami, dan kami juga sebenarnya menjangkakan dapat melakukan yang lebih baik, namun segala percaturan tidak menjadi.

“Kami juga tidak kata kami beraksi terlalu baik atau terlalu buruk tetapi lebih sesuai dikatakan prestasi kami berada ‘ditengah-tengah.’

“Bagi saya, itu mungkin lebih sesuai bagi menggambarkan mengenai prestasi kami secara keseluruhannya pada perlawanan berkenaan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, United mendahului menerusi jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-13 namun selepas itu pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemian apabila Aaron Wan-Bissaka dilayangkan kad merah pada minit ke-35.

Kesempatan itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Young Boys untuk menggandakan asakan dan hasilnya Moumi Ngamaleu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66 manakala pemain gantian, Theoson Siebatcheu pula menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan pada masa kecederaan.

Sementara itu Solskjaer berkata, keputusan itu diharap tidak mempengaruhi persiapan skuad The Red Devils itu untuk berdepan West Ham United bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), ada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemain diharap dapat melupakan kekalahan berkenaan dan memberikan fokus bagi memastikan kemenangan ke atas The Hammers dan mengukuhkan kedudukan dalam cara EPL.

“Kami perlu pastikan pemain dapat beraksi dalam keadaan yang penuh bersemangat untuk perlawanan ini dan seterusnya memastikan kemenangan,” katanya.