Tidak tolak spekulasi Neymar sertai United

Erik ten Hag
Erik ten Hag
A
A
A

ERIK ten Hag tidak menolak spekulasi yang mengaitkan Manchester United akan cuba mendapatkan Neymar pada jendela perpindahan akan datang.

Neymar difahamkan sedia untuk dilepaskan oleh Paris Saint-Germain (PSG) dengan United menjadi salah sebuah pasukan yang bersedia untuk menyambar bintang Brazil itu.

PSG membeli Neymar dengan rekod dunia £200 juta (RM992 juta) dari Barcelona pada 2017.

Namun, kelab gergasi Perancis itu dilaporkan mahu menjual pemain itu bersama beberapa nama besar lain seperti Lionel Messi untuk membina kembali PSG.

Namun, United masih belum memberikan kata putus dengan Ten Hag menimbangkan beberapa sasaran lain selepas membelanjakan £220 juta (1.09) bilion dalam jendela perpindahan pertamanya bersama kelab itu.

"Apabila kami sudah mempunyai berita mengenai perkara tersebut, kami akan memberitahu anda," kata ten Hag.

United akan kembali sibuk dalam jendela perpindahan musim panas ini dengan ramai pemain yang dijangka meninggalkan Old Trafford.

Beberapa nama disebut akan dilepaskan iaitu Harry Maguire selain terdapat tanda tanya mengenai masa depan Anthony Martial, Diogo Dalot, Aaron Wan-Bissaka, Fred, Scott McTominay, Donny van de Beek, Anthony Elanga dan Brandon Williams.