Kenaikan 100 peratus BWI, tanda prihatin kerajaan

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Pahang menyambut baik keputusan kerajaan Persekutuan menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terbabit bencana.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu memberi kelegaan kepada melegakan rakyat negeri ini khususnya di kawasan-kawasan rendah yang sering terbabit banjir semasa Monsun Timur Laut pada akhir tahun.

"Kenaikan 100 peratus BWI ini menandakan keprihatinan tinggi kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menjelaskan, kenaikan tersebut dan bantuan dihulurkan oleh kerajaan sudah tentu dapat meringankan lagi beban ditanggung oleh rakyat yang terkesan dengan bencana berkenaan.

Pada Khamis, Ismail Sabri mengumumkan kenaikan BWI daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau yang terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Keputusan itu buat hasil Mesyuarat JPBP yang dipengerusikannya pada Isnin dan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana dan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19.

Inisiatif Bantuan Wang Ihsan itu dijangka akan meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah yang melibatkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Artikel Berkaitan: