X

Kindly register in order to view this article
!

Empat lelaki ditahan disyaki terlibat pembuangan sisa kimia

Ayob Khan (tengah) meninjau keadaan tali air dan Sungai Tawakal di Kampung Baru Sri Aman yang mengalami pencemaran bahan kimia.
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Polis Johor telah menahan empat lelaki termasuk pemilik premis yang dipercayai terbabit dalam insiden pembuangan sisa kimia di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat suspek itu ditahan di sebuah premis di Seelong kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

"Bertindak atas maklumat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, selepas membuat penelitian terhadap sisa kimia yang dipercayai dibuang ke tali air dan Sungai Tawakal di kampung ini, empat suspek terbabit ditahan pagi tadi.

"Polis akan beri bantuan sepenuhnya kepasa JAS termasuk operasi susulan terhadap premis yang perlu diperiksa dan diserbu selain berkemungkinan tangkapan lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas di sini pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis dan Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, empat penduduk wanita di Kampung Baru Sri Aan, Seelong, Kempas yang mengalami sesak nafas masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Bagaimanapun, kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 49 tahun itu berada dalam keadaan stabil," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!