AS gabung misi diplomatik di Baitulmaqdis

Konsulat AS di Baitulmaqdis akan bergabung dengan Kedutaan AS ke Israel pada Isnin.
Konsulat AS di Baitulmaqdis akan bergabung dengan Kedutaan AS ke Israel pada Isnin.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis yang berkhidmat untuk penduduk Palestin akan diserapkan ke dalam Kedutaan AS ke Israel yang baharu pada Isnin yang mana langkah itu telah mencetuskan kemarahan kepimpinan Palestin.

Keputusan untuk menubuhkan misi diplomatik tunggal di Baitulmaqdis telah diumumkan oleh Setiausaha Negara, Mike Pompeo pada Oktober lalu.

Rancangan penggabungan itu telah meningkatkan kebimbangan Palestin terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump dalam mengurangkan pengurusan mereka ke atas Kota Lama Baitulmaqdis.

Pemimpin Palestin menggantung hubungan diplomatik dengan pentadbiran Washington selepas ia memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis selain mengisytiharkan Kota Lama itu sebagai 'ibu negara' Israel.

Jurucakap Jabatan Negara, Robert Palladino berkata, keputusan itu didorong oleh kecekapan operasi dan kesinambungan lengkap secara berterusan aktiviti diplomatik AS dan perkhidmatan konsular.

"Ia tidak memberi syarat perubahan dasar AS ke atas Baitulmaqdis, Tebing Barat atau Genting Gaza. Sempadan khusus kedaulatan Israel di Baitulmaqdis adalah tertakluk kepada status akhir rundingan antara kedua-dua belah pihak," jelasnya lagi.

Ketika Pompeo mengumumkan keputusan penggabungan itu, ketua perunding Palestin, Saeb Erekat menyifatkan ia sebagai bukti terbaharu pentadbiran Trump untuk bekerjasama dengan Israel berbanding menggunakan penyelesaian dua negara. - Reuters

Artikel Berkaitan: