Anak pengasas Huawei saman pihak berkuasa Kanada

Meng Wanzhou
Meng Wanzhou
A
A
A

MONTREAL - KANADA . Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat telekomunikasi gergasi China, Huawei memfailkan saman ke atas pihak berkuasa Kanada selepas beliau ditahan di Vancouver pada tahun lalu.

Semalam, peguamnya Howard Mickelson dan Allan Doolittle memaklumkan Ottawa telah melanggar hak Meng Wanzhou, 47, dan kini beliau menuntut ganti rugi atas tindakan pihak berkuasa berhubung penahanannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada 1 Disember lalu.

Anak kepada pengasas Huawei itu mahu menukar pesawat ketika beliau diberkas atas permintaan Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa melanggar sekatan Washington yang dikenakan ke atas Iran.

"Anak guam saya disoal siasat selama tiga jam oleh pegawai kastam sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin sebelum ditangkap. Sepanjang tempoh tiga jam itu, pegawai kastam turut memeriksa telefon bimbit dan komputer serta bagasi miliknya yang jelas melanggar haknya," jelas peguamnya.

Saman itu dikemukakan pada Jumaat lalu pada hari sama badan kehakiman Kanada melancarkan proses ekstradisi Wanzhou ke AS. - Agensi

Artikel Berkaitan: