Jangan jadikan rakyat taruhan capai agenda: Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ahli politik supaya tidak menjadikan rakyat sebagai taruhan dalam mencapai agenda tertentu.

Justeru, Al-Sultan Abdullah bertitah kepada semua ahli Dewan Rakyat untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 serta membawa kembali sinar kepada rakyat.

Tegas Seri Paduka Baginda, setelah lebih setahun berlalu, negara masih lagi belum bebas sepenuhnya daripada pandemik Covid-19 dan rakyat telah terlalu lama bergelut dengan isu kesihatan dan juga kemurungan ekonomi.

"Terlalu ramai rakyat beta yang terkesan dengan penularan pandemik ini. Terlalu ramai juga rakyat beta yang kehilangan sumber rezeki.

"Ratusan pucuk surat telah beta terima daripada rakyat yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

"Nasihat beta kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat beta sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu," titah Seri Paduka Baginda dalam pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin.

Perasmian itu diadakan serentak bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Artikel Berkaitan: