Lepas gian rentas daerah kutip remis di Pantai Nami

Seorang pengunjung, Siti Noor Yaacob, 36, (kanan) dari Kedai Lalat, Kota Bharu bersama suami, adik perempuan dan adik iparnya berusia antara 24 hingga 36 tahun yang sudah melengkapi dua dos vaksinasi Covid-19 pergi ke Pantai Nami itu untuk beridah sambil mencari remis.
Seorang pengunjung, Siti Noor Yaacob, 36, (kanan) dari Kedai Lalat, Kota Bharu bersama suami, adik perempuan dan adik iparnya berusia antara 24 hingga 36 tahun yang sudah melengkapi dua dos vaksinasi Covid-19 pergi ke Pantai Nami itu untuk beridah sambil mencari remis.
A
A
A

BACHOK - Rakyat di Kelantan yang berada pada negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengambil peluang melepas gian selepas lama 'berkurung' dengan beriadah sambil mengutip remis di persisiran Pantai Nami di sini pada hari cuti Jumaat.

Kelonggaran beriadah dimanfaatkan penduduk selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) PPN pada Khamis lalu.

Tinjauan Sinar Harian di Pantai Nami di Tawang, Bachok atau nama sebenarnya Pantai Senok itu mendapati peningkatan pengunjung yang mendadak terutama bagi individu rentas daerah.

Kenderaan pengunjung yang mengunjungi Pantai Nami bertambah selepas dibenarkan rentas daerah bermula Khamis lalu.
Kenderaan pengunjung yang mengunjungi Pantai Nami bertambah selepas dibenarkan rentas daerah bermula Khamis lalu.

Selain mencari remis, terdapat pengunjung yang memancing ikan, bergambar dan bersantai sambil menikmati makanan ringan bersama keluarga di tepi pantai.

Seorang pengunjung, Siti Noor Yaacob, 36, berkata, dia yang tinggal di Kedai Lalat, Kota Bharu mengambil peluang merentas daerah ke Pantai Nami yang terletak di daerah bersebelahan iaitu Bachok.

SITI NOOR YAACOB
SITI NOOR YAACOB

Katanya, dia bersama suami, adik perempuan dan adik iparnya berusia antara 24 hingga 36 tahun yang melengkapi dua dos vaksinasi Covid-19 pergi ke pantai itu untuk beridah sambil mencari remis.

Artikel Berkaitan:

“Datang lepas gian sebab dah lama sangat ‘berkurung’ sambil-sambil itu saja cari remis walaupun belum musimnya lagi.

“Cuma tidak membawa anak-anak kerana masing bimbang kes jangkitan pandemik Covid-19 yang masih tinggi di Kelantan,” katanya ketika ditemui di Pantai Nami, di sini, pada Jumaat.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Nizal Zakaria, 38, bekerja sebagai guru yang mengajar secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut berkunjung ke Pantai Nami bersama isteri serta dua anak berusia dua dan 13 tahun.

MOHD NIZAL ZAKARIA
MOHD NIZAL ZAKARIA

“Sejak negara diancam pandemik, ini kali pertama bawa anak keluar, tetapi masih lagi takut-takut dan mereka hanya duduk di dalam kereta.

“Niat nak bawa anak jalan-jalan dan kalau nak beli makanan pun, saya sahaja yang akan turun membeli makanan dan makan di dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Supian Mahamood, 28, berkata, dia dapat menarik nafas lega apabila menerima pengunjung yang ramai membeli pisang goreng, keropok, sosej dan air kelapa yang dijual di gerainya di laluan masuk ke Pantai Nami.

SUPIAN MAHAMOOD
SUPIAN MAHAMOOD

“Pendapatan saya terjejas sehingga 90 peratus apabila tidak ada pengunjung yang datang ke Pantai Nami, tetapi suasana pada hari ini (Jumaat) kembali meriah.

“Pada masa sama, saya juga sentiasa berwaspada dan menjaga SOP dengan ketat seperti merekodkan nama pelanggan dan menyediakan alat saringan suhu sebagai langkah pencegahan jangkitan,” katanya.

MKN sebelum itu mengemaskini SOP PPN pada Khamis lalu termasuk bagi negeri Fasa 2 dengan membenarkan aktiviti rentas daerah dan riadah terhadap individu yang lengkap vaksin Covid-19.

Berdasarkan SOP yang dikemas kini itu, individu dan ibu bapa yang lengkap vaksin Covid-19 juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah beriadah di tempat terbuka dengan pematuhan SOP yang ketat.

Pengunjung yang singgah membeli pisang goreng, kerepok dan air kelapa di gerai milik Supian Mahamood, 28, di laluan menuju ke Pantai Nami pada Jumaat.
Pengunjung yang singgah membeli pisang goreng, kerepok dan air kelapa di gerai milik Supian Mahamood, 28, di laluan menuju ke Pantai Nami pada Jumaat.