Lelaki lemas ketika riadah di tasik

Seorang lelaki ditemukan lemas ketika beriadah di Tasik Hjjau Lunchu Pasir Gudang pada Sabtu.- Foto JBPM Johor.
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika beriadah di Tasik Hjjau Lunchu Pasir Gudang pada Sabtu.- Foto JBPM Johor.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang lelaki ditemui lemas ketika beriadah bersama rakannya di Tasik Hijau Bukit Lunchu di sini pada Sabtu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa II, Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.22 pagi.

Beliau berkata, seramai 15 anggota dari BBP Pasir Gudang dan Johor Jaya dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa, Mohd Faiz Daniel Maula Mohd Nor, 26 dikatakan mengunjungi tasik itu untuk beriadah bersama enam rakannya.

"Anggota membuat pencarian di sekitar pesisiran tasik dan mangsa dijumpai pada kedalaman 12 meter oleh pasukan khas Pasukan Mencari dan Menyelamat di Air, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor pada jam 2.45 petang.

"Mangsa ditemui pada jarak 9.2 meter dari tempat mangsa dipercayai jatuh," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Ibrahim berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.30 petang.

Artikel Berkaitan: