Lelaki meninggal dunia di laluan pejalan kaki

Seorang lelaki rebah secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia di laluan pejalan kaki masuk ke pasar pagi bersebelahan sebuah pasaraya di Taman Anggerik, pada Sabtu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Shukri)
Seorang lelaki rebah secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia di laluan pejalan kaki masuk ke pasar pagi bersebelahan sebuah pasaraya di Taman Anggerik, pada Sabtu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Shukri)
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki rebah secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia di laluan pejalan kaki masuk ke pasar pagi bersebelahan sebuah pasaraya di Taman Anggerik, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa, Haslimi Yusof, 40 an yang beralamat di Kuala Kedah sempat menghubungi talian kecemasan 999 sebelum rebah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki yang telah berkahwin itu mengalami sesak nafas di laluan pejalan kaki berkenaan.

"Sebelum rebah, lelaki itu sempat menghubungi talian kecemasan 999 sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di lokasi kejadian lebih kurang jam 6 pagi.

"Berdasarkan keterangan waris mangsa, saksi-saksi kejadian dan siasatan di lokasi kejadian, pihak polis tidak mengesyaki sebarang motif jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Shukri memaklumkan mayat mangsa di bawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSB untuk ujian Covid-19.

Artikel Berkaitan: