64.9 peratus rakyat Malaysia terima dos pertama vaksin

Sebanyak 64.9 peratus daripada populasi Malaysia menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Jumaat- Foto fail Bernama
Sebanyak 64.9 peratus daripada populasi Malaysia menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Jumaat- Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR- Sebanyak 21,195,778 individu atau 64.9 peratus daripada populasi Malaysia menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Jumaat, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya, JKJAV memaklumkan seramai 16,856,812 individu atau 51.6 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah melengkapkan dua dos suntikan.

Sebanyak 287,059 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 111,027 dos pertama dan 176,032 dos lengkap turut diberikan semalam.

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini melebihi 38 juta dos.

Lembah Klang dan Labuan merekodkan lebih 100 peratus daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara negeri-negeri lain termasuk Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan dan Sarawak menyaksikan lebih 80 peratus daripada populasinya menerima satu dos vaksin.

JKJAV sebelum ini menjelaskan, kadar pemberian vaksin melebihi 100 peratus kerana data jumlah populasi sedia ada belum mengambil kira perubahan saiz penduduk selepas bancian terakhir, selain vaksinasi kepada penduduk tanpa dokumen.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: