#CheeseChallenge pula jadi ikutan

Kebanyakan bayi membuat reaksi terkejut apabila hirisan keju dilemparkan pada wajah mereka.
Kebanyakan bayi membuat reaksi terkejut apabila hirisan keju dilemparkan pada wajah mereka.
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Media sosial tidak pernah lekang dengan cabaran atau challenge yang pelik bermula dengan Harlem Shake hingga My Feelings Challenge.

Ramai pengguna tanpa segan silu memuat naik gambar mereka melakukan pelbagai aksi aneh dan kini terdapat trend baharu yang menjadi ikutan di media sosial.

#CheeseChallenge adalah kegilaan terbaharu melibatkan orang dewasa atau ibu bapa melemparkan hirisan keju pada wajah bayi.

Ia bermula pada Khamis lalu apabila pengguna Twitter @unclehxlmes berkongsi video di platform dengan kapsyen, 'Just cheesed my lil brother'.

Klip video itu kemudiannya menjadi tular dan memperoleh lebih lapan juta tontonan.

Selepas menerima reaksi luar biasa, pengguna tersebut mengaku idea tersebut ditemui di Facebook dan dia berkongsi sebagai jenaka.

Sejak itu, pengguna di Twitter mula merakamkan aksi mereka melemparkan hirisan keju pada wajah kanak-kanak dengan salah seorang wanita dilihat membaling burger keju pada anak lelakinya.

Tetapi, tidak semua melihat aksi lempar hirisan keju itu sebagai perkara lucu kerana ada bayi yang terkejut lalu menangis selepas menjadi mangsa gurauan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selain bayi, haiwan peliharaan turut menjadi sasaran #CheeseChallenge terbabit. - The Mirror