Lima mangsa kapal karam Indonesia ditemukan selamat selepas empat hari di laut

JAKARTA - Lima mangsa kapal KM Nurul Salsa yang karam di perairan Sulawesi Selatan, Indonesia ditemukan selamat pada Sabtu selepas empat hari di laut, manakala operasi mencari 20 lagi mangsa yang masih hilang diteruskan, lapor Xinhua.
Mereka diselamatkan berhampiran Pulau Matallang selepas ditemukan sebuah bot nelayan yang melalui kawasan berkenaan.
Menurut agensi mencari dan menyelamat Indonesia, kesemua mangsa terselamat dengan berpaut pada unjam yang digunakan nelayan tempatan.
Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Makassar, Muhammad Arif Anwar berkata, lima mangsa itu telah menerima rawatan perubatan dan menjalani pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, tambahan kapal dan anggota dari pejabat mencari dan menyelamat di Kendari serta Maumere turut digerakkan bagi memperkukuh operasi di kawasan pencarian yang diperluas. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
