Gilap prestasi pelajar PPKI

Pelajar bergambar bersama sebelum memulakan larian.
Pelajar bergambar bersama sebelum memulakan larian.
A
A
A

YAN - Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mempunyai potensi diri yang harus digilap.

Pengarah program, Sharilzal Anuar Abd Rahim berkata, pihaknya telah menganjurkan program Fun Run untuk golongan ini.

Katanya, Sekolah Kebangsaan Padang Lumat dengan kerjasama Unit Pendidikan Swasta Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda Yan telah berjaya menganjurkan program ini bertemakan merentas desa.

"Kita mahu meraikan pelajar pendidikan khas kerana belum pernah adakan aktiviti larian sebegini buat mereka," katanya.

Shahrilzal berkata, program ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi murid yang berkeperluan khas dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimumkan jika diberi peluang yang sama.

"Bagi memeriahkan lagi program Fun Run ini pihak penganjur telah memberikan beberapa kategori iaitu kategori Pendidikan Khas Sekolah Rendah; Pendidikan Khas Sekolah Menengah; Sekolah Jemputan dan kategori Murid Obesiti," katanya.

Tambah Shahrilzal, kesemua pelajar dapat menamatkan larian dengan baik tanpa berlaku perkara yang tidak diingini.

"Kita berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi memberi peluang kepala golongan pelajar ini menyertai aktiviti luar kelas yang menyeronokkan," katanya.

Artikel Berkaitan: