PAFA rangka pelan jangka panjang Perak FC

Muhammad Yadzan Mohamad
Muhammad Yadzan Mohamad
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) sedang merangka pelan jangka panjang dalam usaha memastikan Perak FC kembali ke pentas Liga Super.

Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohamad berkata, pelan jangka panjang itu akan turut merangkumi perancangan melahirkan bakat baharu terutamanya daripada kalangan pemain muda.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, fokus utama PAFA ketika ini adalah kepada Perak FC terutamanya dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kelab dari utara tanah air itu.

“Insya-ALLAH dalam masa terdekat kami akan adakan perbincangan untuk untuk menguruskan Perak FC dan saya percaya rombakan besar-besaran akan berlaku.

“Kami mahu pastikan segala urusan mengenai Perak FC dapat diselesaikan dahulu, barulah kami akan mengadakan sidang kongres dan pada masa itu akan ada pemilihan.

“Kami harus melantik pemegang saham baharu dan buat masa ini sudah ada pihak yang menyatakan minat dengan Perak FC. Tetapi mereka mahu meneliti dahulu beberapa perkara,” katanya kepada Sukan Sinar.

Perak FC bakal beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan apabila berada pada kedudukan kedua tercorot Liga Super musim ini dengan hanya meraih 13 mata daripada 21 perlawanan.

Dalam masa sama, Muhammad Yadzan turut memohon maaf kepada semua pihak terutamanya kepada penyokong atas kegagalan Perak FC untuk terus bersaing di Liga Super musim depan.

Artikel Berkaitan:

“Semua pihak, baik pengurusan, barisan kejurulatihan dan para pemain dah buat yang terbaik. Diharapkan Perak FC akan kembali bangkit pada musim depan,” ujarnya.