Sorotan hari ini

Sorotan berita
Sorotan berita
A
A
A

SHAH ALAM - Berikut merupakan sorotan berita hari ini:

Aminuddin kekal Pengerusi PKR NS

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR).Perkara itu disahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

JSJK siasat 683 kes ah long

KUALA LUMPUR - Sebanyak 683 kes pinjaman wang tidak berlesen melibatkan jumlah pinjaman hampir RM2 juta dilaporkan sehingga 31 Ogos lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din

Hanya pekerja lengkap suntikan dos vaksin dibenar memasuki sekolah

PUTRAJAYA - Hanya pekerja perkhidmatan sokongan yang lengkap suntikan dos vaksin dibenar memasuki dan memulakan tugas di sekolah apabila sesi persekolahan dibuka 3 Oktober depan.

Parlimen tidak boleh jadi 'alat' mana-mana pihak: Rais

Artikel Berkaitan:

KUALA LUMPUR - Parlimen perlu bebas daripada cengkaman mana-mana pihak selari dengan transformasi yang sedang direncanakan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bersatu masih bincang mahu sokong atau tidak anti lompat parti

PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih berbincang sama ada mahu menyokong atau sebaliknya jika usul anti lompat parti dibawa ke Dewan Rakyat. Ketua Penerangannya Datuk Wan Saiful Wan Jan

Najib lapor polis, dakwa penalti cukai terhadapnya berunsur politik

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa mempunyai bukti salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap dirinya.

Kerajaan kaji turunkan lagi harga kit ujian kendiri RTK

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji untuk menurunkan lagi harga Kit Ujian Kendiri Covid-19 menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan ia mudah diakses oleh semua orang.

KPDNHEP kesan kenaikan harga ayam di peringkat nasional

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kenaikan harga ayam standard di peringkat nasional daripada RM8.39 sekilogram (kg) kepada RM8.47 berdasarkan laporan Price Alert Harian pada 6 September lalu.

Najib lapor polis, dakwa penalti cukai terhadapnya berunsur politik

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa mempunyai bukti salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap dirinya.