X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Bersatu masih bincang mahu sokong atau tidak anti lompat parti

Wan Saiful
A
A

PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih berbincang sama ada mahu menyokong atau sebaliknya jika usul anti lompat parti dibawa ke Dewan Rakyat.

Ketua Penerangannya Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, akan ada satu makluman rasmi jika sudah ada keputusan.

“Kita masih berbincang. Ada yang mengatakan kita patut sokong jika diperkenalkan undang-undang tersebut. Ada yang tidak setuju kerana ia merupakan hak asasi. Saya faham hujah daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Penerangan Bersatu pada Khamis sempena sambutan ulang tahun kelima parti itu.

Mengulas lanjut, Wan Saiful mendedahkan beliau pernah melakukan kajian mengenai anti lompat parti ini.

“Satu pihak mengatakan bahawa tidak boleh lompat parti. Mereka berpandangan apabila rakyat memilih, rakyat pilih parti, bukan pilih calon.

“Satu pihak lagi memberi hujah bahawa kita tidak boleh menghalang orang berpindah parti. Pandangan mereka ialah apabila rakyat pilih, mereka pilih wakil rakyat, bukan wakil parti.

“Apabila pilih wakil rakyat maka wakil itu boleh pergi kepada parti sebab parti itu tidak penting. Pemikiran kedua-dua belah pihak ini sah,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan ulang tahun kelima Bersatu, Wan Saiful memberitahu sambutan secara rasmi diadakan pada Jumaat jam 9 malam.

“Amanat ucapan akan disampaikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui saluran Facebooknya dan Bersatu.

“Ucapan itu akan mengandungi amanat penting sejarah Bersatu dan hala tuju parti pada masa akan datang,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!