Program Mahabah berikan jemaah info berkaitan dadah

No Image Caption
A
A
A

YAN - Program Masjid Hentian Bebas Dadah (Mahabah) yang dilaksanakan di Masjid Sultanah Haminah Dulang Kecil Yan memberi peluang kepada penduduk tempatan mendapatkan info berguna berkaitan dadah.

Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pihaknya telah menyediakan sebuah bas pameran AADK yang mempunyai pelbagai info berkaitan dadah.

Katanya, pihaknya juga turut menyediakan kaunter aduan dan kaunter advokasi bagi membolehkan penduduk tempatan berkongsi dengan pihak AADK akan masalah mereka.

"Pameran berkaitan jenis dadah, jenis bungkusan dadah terbaharu memberi info buat ibu bapa agar mereka peka akan keadaan anak mereka.

No Image Caption

"Jika anak-anak bertindak luar daripada kebiasaan lazimnya ibu bapa yang pernah hadir ke pameran akan bijak menilai tindak tanduk anak mereka," katanya.

Menurut Mohamad Farid, selain daripada program Mahabah ini pihaknya turut menjalankan pelbagai lagi program lain atas tujuan yang sama.

"Kita komited dalam nak kurangkan masalah najis dadah namun begitu, kerjasama daripada ahli keluarga juga sangat diperlukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohamad Farid, tanpa kerjasama daripada keluarga dan penduduk tempatan matlamat ini tidak akan dicapai.