Polis Serdang terima 14 laporan palsu kes samun, ragut

Anbalagan
Anbalagan
A
A
A

SERDANG - Polis Serdang telah menerima 14 laporan palsu berkaitan jenayah samun dan ragut pada tahun ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner, A Anbalagan berkata, kebanyakan individu yang membuat laporan palsu kononnya mendakwa menjadi mangsa samun dan ragut.

"Namun, selepas siasatan lanjut dijalankan mendapati kad pengenalan mereka hilang atas kecuaian diri sendiri.

"Hasil siasatan mendapati, mereka mengambil jalan pintas membuat laporan polis supaya dapat mengelak daripada didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Anbalagan berkata, dalam kes terbaharu, pihaknya menerima laporan palsu daripada seorang wanita yang mendakwa telah diragut selepas membeli makanan di tepi jalan oleh seorang penunggang motosikal di Jalan Bandar 8, Pusat Bandar Puchong pada Isnin.

"Hasil siasatan mendapati individu tersebut telah membuat laporan polis palsu. Kertas siasatan telah dibuka dan akan di tuduh di Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis di atas kesalahan Seskyen 182 Kanun Keseksaan," katanya.

Anbalagan memaklumkan pihaknya memandang serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang membuat laporan polis palsu.

Artikel Berkaitan: