Selangor peruntuk RM813,900 bantu warga tani

Amirudin memuat naik info grafik di Facebook beliau pada Rabu.
Amirudin memuat naik info grafik di Facebook beliau pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sudah membelanjakan sebanyak RM813, 900 membabitkan seramai 1,805 penerima bagi bantuan dan insentif warga tani di negeri ini sehingga 26 Julai lalu.

Menerusi infografik dan status dikongsi Menteri Besar Selangor di Facebook beliau pada Rabu, Datuk Seri Amirudin Shari menunjukkan daripada jumlah itu sebanyak RM405,300 diperuntukkan bagi pembelian petrol dengan membabitkan seramai 1,351 penerima.

Sebanyak RM270,000 pula diperuntukkan bagi bantuan makanan ternakan dengan seramai 300 penerima dan sebanyak RM138,600 bagi bantuan makanan akuakultur membabitkan seramai 154 penerima.

Amirudin dalam kenyataannya berkata, pelbagai bantuan dan insentif diwujudkan bagi membantu warga tani di Selangor.

"Langkah ini bagi memastikan jaminan bekalan makanan di samping membantu kehidupan warga tani," katanya.

Artikel Berkaitan: