Lelaki hayun sabit, parang atas kereta peronda polis

Tangkap layar video lelaki memanjat kereta polis sambil mengayunkan sabit dan parang di Gopeng. Foto: Ihsan pembaca
Tangkap layar video lelaki memanjat kereta polis sambil mengayunkan sabit dan parang di Gopeng. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

GOPENG - Tindakan anggota bomba membuat semburan air ke arah lelaki yang bertindak agresif dengan menghayun galah sabit berjaya membantu pasukan polis menahan suspek di sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi di hadapan Balai Polis Gopeng itu, semburan air dilakukan bagi meredakan tindakan lelaki yang turut memegang sebilah parang ketika berdiri di atas kereta peronda polis.

Kejadian itu turut dirakam oleh orang awam berhampiran sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Berdasarkan video tular tersebut, suspek yang terkena semburan air telah turun dari kenderaan sebelum berlaku pergelutan dan dia akhirnya ditahan anggota keselamatan yang bersedia di lokasi kejadian.

Difahamkan, suspek turut merosakkan bonet kenderaan pasukan itu.

Sementara itu, Sinar harian sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada polis berhubung kejadian itu.

Artikel Berkaitan: