Tahanan telan telefon bimbit lama

Sebuah penjara yang terdapat di Kosovo. - Foto Kementerian Keadilan
Sebuah penjara yang terdapat di Kosovo. - Foto Kementerian Keadilan
A
A
A

PRISTINA - Seorang doktor bedah di Kosovo pada Selasa berjaya mengeluarkan sebuah telefon bimbit dari dalam perut seorang tahanan empat hari selepas dia menelan alat komunikasi itu.

Lelaki berusia 33 tahun itu yang identitinya tidak didedahkan dimasukkan ke Hospital Universiti Pristina di Pristina pada minggu lalu selepas mengadu sakit perut selama beberapa hari.

Doktor kemudian mendapati dia telah menelan telefon bimbit kecil, kata Dr Skendar Telaku yang mengetuai pasukan pembedahan tersebut kepada AFP.

Pembedahan itu yang berlanjutan selama lebih dua jam dilakukan tanpa sebarang komplikasi, kata Telaku.

Menurutnya, bateri telefon itu yang menjadi kebimbangan kerana asidnya mungkin bocor di dalam perut pesakit tersebut.

Telefon bimbit yang ditelan oleh tahanan itu adalah keluaran awal tahun 2000-an.

Setakat ini, masih tidak diketahui kenapa dia menelan telefon tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: