X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

PM sampaikan ucap tama di Sidang Kemuncak Pemulihan Negara

A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucap tama pembukaan pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya pada Khamis ini.

Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz juga akan menyampai ucapan khas serta mengadakan dialog peringkat menteri dengan para peserta secara dalam talian.

Sidang Kemuncak Pemulihan Negara itu dianjurkan oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur dengan sokongan Majlis Pemulihan Negara. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!